Assalammualaikum..
Errr..Erin ada nak share sesuatu dengan you all ni.. Sebenarnya info yang bakal you all baca di bawah ni telah Erin salin dari sebuah majalah yang Erin baca di Perpustakaan.. Rajinkan Erin pergi ke Perpustakaan..Itulah tempat syurga ilmu.. Macam-macam buku ilmiah boleh didapati di situ..Melalui info ni, sama-samalah kita ambil pedoman yer.. Tak salah kita kongsi sesuatu tu ke arah kebaikan..Erin juga tak sempurna.. Kita semua tak sempurna.. Tapi sebagai hamba Allah..Kita perlu perbaiki diri ke arah yang lebih baik kan..
Tudung vs Topi
keledar
Secara mudahnya,
menutup aurat bolehlah diibaratkan seperti memakai topi keledar. Topi keledar
sangat berkaitan dengan keselamatan nyawa, manakala menutup aurat berkait
dengan keselamatan agama dan maruah. Kedua-duanya ialah soal daruriyyat (perkarayang sangat penting
dalam Islam) kerana ia melibatkan nyawa, agama dan maruah. Baiklah, jika
perbandingan (metafora) ini boleh diterima, cuba renungkan bukankah ada kalanya
topi keledar tidak dapat menyelamatkan nyawa si pemakainya?
Misalnya, pelumba
haram, pemandu laju dan cuai, semuanya memakai topi keledar. Namun seperti yang
dikatakan tadi, sekadar bertopi keledar masih belum menjamin keselamatan nyawa.
Sebenarnya, masih ada faktor-faktor lain yang lebih penting daripada sekadar
memakai topi keledar untuk keselamatan nyawa apabila memandu atau membonceng
motosikal.
Antaranya adalah
dengan memandu secara berhati-hati, jangan terlalu laju, mematuhi peraturan
jalan raya, tidak mengantuk atau tidak memandu dalam keadaan mabuk dan sebagainya.
Sekiranya peraturan ini dilanggar, tidak kira sebesar atau sekeras mana
sekalipun topi keledar itu, ia pasti tidak akan menyelamatkan pemakainya.
Begitu juga halnya
dengan tudung. Hendak menjaga maruah dan akhlak tidak cukup dengan hanya
bertudung sahaja. Ada lagi perkara-perkara lain yang lebih penting. Umpamanya,
menjaga tingkah laku, berhati-hati dalam tutur kata, mengawal pandangan mata
dan membatasi pergaulan. Selain itu, masa dan tempat wanita itu berada juga
perlu dititik beratkan. Misalnya, jangan keluar seorang diri di tempat-tempat
sunyi, mengaibkan dan mendedahkan diri kepada pencerobohan.
Menutup aurat bukan sekadar menutup rambut di kepala.
Sekurang-kurangnya, ada empat (4) perkara yang mesti ditutup dengan “tudung”.
1.
“Tudung” pada wajah. Jangan dibuat wajahnya
sengaja mengundang fitnah, berhias bertujuan tabarruj iaitu menampakkan
perhiasan dan kecantikan untuk tatapan mata orang ramai. Kecantikannya khusus
buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi.
2.
“Tudung” pada mata. Jangan matanya memandang
lelaki lain selain mahramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang dan tidak
memandang. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Semua mata menangis
pada hari akhirat kelak kecuali mata yang dipejamkan daripada memandang apa-apa
yang diharamkan, mata yang berjaga pada waktu malam dalam berjihad di jalan
Allah dan mata yang menitiskan air mata walau sebesar kepala lalat kerana takut
akan Allah.” (Riwayat al-Dailami)
3.
“Tudung” pada suara. Jangan dilunak-lunakkan
suara dengan tujuan memikat dan mempesona. Allah berfirman yang bermaksud :
“Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab
akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (Surah al-Ahzab 33
: 32)
4.
“Tudung” pada hati. Hatinya terpaut pada
mengingati Allah. Insya-Allah, apabila seseorang wanita mengingati Allah, Allah
akan memeliharanya daripada segala kejahatan yang muncul dari dalam dirinya
sendiri atau daripada orang lain.
pp/s : Sharing is caring..
10 comments:
perkongsian yang baik erin.. fungsi 'tudung' itu luas juga kan, bukan sekadar menutup aurat rambut saja..
Insyaallah. Aurat dijaga, syurga balasannya. :)
Good Sharing :). Thanks Erin...
Pendek kata "Bertudung biarlah semua". Jangan pulak... Nama je bertudung. Tapi perangai Nau'zubillah.
best topik ni erin..suka bacalah..betul la erin..kita selalu lihat bertudung sekadar di kepala..tutp rambut..litup..tanpa kita sedar kita kadangkala mengabaikan yang dalaman..sedangkan semuanya mesti seiring..jaga aurat..jaga akhlak..syurgalah hadiahnya..
perumpamaan yg baik..
Nice entry...betul jugak perumpamaan itu...
nak pakai tudung biar betul2, betul dalam mengikut syariat yang ditetapkan...
perkongsian yang baik...
bertudung x wajib tapi menutup aurat itu kewajiban...
╔═══════════════════════════╗
║
║ My Blog ► http://abgdude.com/blog
║
╚═══════════════════════════╝
Tudung memberi seribu satu tafsiran. Tahniah, Kak Erin kerana berjaya berkongsi dengan pembaca.
jagalah aurat..
lelaki pun kna jaga juga....
Post a Comment