My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Sunday 20 October 2013

Pasrah dan Redha

Assalammualaikum

Perlukah aku berfikir tentang itu,
Ya itu dulu..Tetapi kini aku lebih redha menerima takdir Nya
Biarpun ramai yang bertanya, malah kedua ibu bapa ku juga
Lantas aku membalas semua persoalan itu dengan senyuman tenang

Dalam hatiku berkata,
Perlukah aku untuk gundah gulana?
Sedangkan perancangan Nya sedang bergerak masa ke semasa
Aku tidak akan terkesima jika aku terlewat menerima perutusan itu

Yang selalu aku berdoa, sekiranya masih ada dia untukku di dunia ini
Biarlah dia seorang yang boleh membimbingku
Bukan aku tidak mahu mendukung segala dugaan dan ujian kelak
Ujian penantian ini pun sudah ku redha tanpa titisan air mata lagi

Begitu pasrah dan kental hatiku menerima takdir Yang Maha Kuasa
Aku cuba bekalkan dalam hati dengan kata-kata pujukan
Kata-kata yang memberi semangat untuk ku terus tersenyum di dunia ini
Lantas Ku berbisik ke dalam naluri bahawa tidak semestinya hanya di dunia


p/s : Jodoh pertemuan, ajal perpisahan adalah ketentuan Allah SWT..Jika tidak ketemu di dunia pasti ada ganjarannya di akhirat kelak.. Bersabar duhai hati.. Tidak semestinya memiliki dan dimiliki itu merupakan suatu kebahagiaan.. Kebahagiaan sebenarnya berada dalam diri kita sendiri.. Berbahagialah jika kita mahu.. Dan sengsaralah jika kita mahu.. Sesungguhnya ia bergantung kepada diri sendiri..Sekian.. (Sedang menangis ni.. hehehe..Tak adalah, dah lap pun) :-)

10 comments:

norhasnizakhalid said...

mama doakan yang terbaik untuk erin.. sabarlah erin, dugaan kita semua berbeza-beza..

Unknown said...

Thank you Mama As sebab doakan..Ye lah dalam hidup ni tak semua apa yang kita nak, kita dapat kan.. :-) Sabar je menanti..

Scripters said...

Andai tiba masanya kita tidak lagi dapat bersama-sama, dakaplah aku dalam hatimu kerana aku akan tinggal disana buat selama-lamanya ;)

Mizz Aiza said...

aiza pun punyai masalah yang hampir sama.. setiap hari cuba tenangkan hati dengan berkata Allah hanya uji setakat mana yang kita mampu tanggung.. mungkin ini ujian untuk kita.. bersabarlah wahai hati..

Unknown said...

Yelah..Ini semua ujian bagi kita yang belum berkahwin.. Huhu.. Tapi harus ingat tak semua orang yang berkahwin itu bahagia.. Cuma dengan berkahwin lengkaplah kehidupan kita sebagai umat Nabi Muhammad.. Tapi perlu ingat juga yang jodoh tidak boleh dipaksa.. Huhuhuhu..Wahai hati tabahlah..!!

FarahFerraDotCom said...

Insyaallah.. pasti Allah dah tetapkan yang terbaik utk u.. byk2kan berdoa yer..

Pha Is said...

semua tu ujian dari Allah.. insyaAllah, Allah bersama orang2 yg sabar..

Akupenghibur.com said...

Allah tahu yang terbaik untuk kak erin ...insyaAllah ada jodoh tak kemana

Unknown said...

tabah lah menghadapi setiap ujian NYa..

Tetamu Istimewa said...

Betul tu Kak Erin. Jodoh di tangan Tuhan. Bersabar sajalah ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer