My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Friday 18 October 2013

Rahsia Berat Badan

Assalammualaikum..

Wah ingat orang je yang ada rahsia ni.. Rupanya berat badan kita pun ada rahsia tersendiri.. Cuba tanya diri kita, kenapa kita GEMUK dan kenapa kita KURUS? Pucuk pangkalnya bergantung kepada aktiviti seharian dan juga persekitaran dimana kita berada.


Bosan

Apabila ada masa terluang atau kelapangan pasti kita akan menonton TV atau DVD bersama keluarga. Dah tonton TV tu mesti nak kunyah kudap-kudapan yer tak? Kudap-kudapan pula snack yang sememangnya mendorong kepada kegemukan.. Nak tahu apa? Funfries, keropok atau orang utara panggil CEKEDIS dan pop corn.. Cuba ubah cara pemakanan kita, sambil tonton TV tu kita ambil buah-buahan.. Tak pun makan yogurt ke.. Okay jugak kan kan..

Waktu Tidur

Kurang tidur hormon terganggu.. Bila hormon dah celaru ia akan ubah tabiat pemakanan you all.. Bila kurang tidur badan kita akan stress.. Hormon jadi gelong..Maka kita pun asyik lapar saja.. Makan dan makan.. Ingat dunia ni untuk makan je ke? Oleh yang demikian, tidurlah dan rehatlah dengan secukupnya....

Parti Hujung Minggu

Haa.. Bab parti ni memang tak boleh lari dari aktiviti makan dan makan sampai lebam.. Nak nak pula ada BBQ.. Lepas makan ayam panggang nak pula ikan panggang, daging panggang, sosej panggang dan segala bagai yang berpanggang.. Lepas tu ada pula speggety, nasi goreng, chicken wings, Funfries dan air berkarbonat.. Haa..semuanya bantai telan..Ini juga tak bagus dan mendorong kepada kegemukkan..Oleh itu makanlah ala kadar syarat kenyang. 

Minuman Ringan

Kalau tak takut diabetes silalah minum air berkarbonat yang manis lenting tu banyak-banyak yer..Ni pun salah satu penyumbang kepada kegemukan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kandungan gulanya terlalu tinggi. Kalau nak tubuh badan yang sihat..perbanyakkanlah minum air putih atau air kosong..

Pengaruh Penyaman Udara

Hat ni memang tak boleh nak lari juga..sebab kebanyakkan pejabat dan rumah dipasang dengan alat penyaman udara ni.. Maka lemak pun semakin membeku dalam tubuh.. Oleh yang demikian, kita haruslah melakukan aktiviti senaman yang memanaskan badan agar semua lemak tepu dapat dicairkan..

Sesuatu yang kita tidak tahu.. NAK JADI GEMUK SEKEJAP SAJA.. TAPI NAK KURUS BALIK..MASYAALLAH MAKAN MASA BEB..!!


12 comments:

Tetamu Istimewa said...

Kembali singgah di sini Kak Erin.

Betul tu, nak gemuk senang, tapi nak kurus susah. Ada juga yang jadi gemuk susah, asyik kurus je.

Adriannasyaz said...

Memang btul...seminggu duk mkn..naik 5 kilo..tp nk turun....huhuhu..susah..

sha (chirp chirp) said...

kihkih. kalau tgk tv tuu, kunyah mmg tak ingt dunia. sedar2 da abes stok mknn. kihkih

ANIM said...

kak rasa..kak ni faktor usialah. satu lagi keturunan.

Unknown said...

tapi kalu keturunan memang tak boleh buat apa dah kan?

Unknown said...

Tapi pada fikiran Erin faktor usia bukan alasan utama.. Sebabnya semakin umur kita meningkat, pengawalan makan lagi penting untuk dititip beratkan.. Jika selalu dan rajin senaman mungkin kita boleh dapat berat badan yang idea.. Tapi Erin sendiri pun malas je nak senaman.. Hehehe.. ikut mood..

Scripters said...

Kudap-kudapan dan minuman ringan tu paling merbahaya Kak Erin... huhu kalau boleh elakkan lah..

Pha Is said...

haha.. betol2.. pha kalau bosan je, makan. x de nk kunyah kudapan2 lagi dah.. makan berat terus..

fizalinolie said...

Betul tu. Nak gemuk memang mudah. Tapi nak kuruskan balik... Memang ambik masa.

Mizz Aiza said...

betul tu erin.. nak kurus punya la susah.. nak gemuk senang je..

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum Erin..nice sharing la..betul..nak gemuk mudah kecuali yang genetiknya always ramping..dan nak dapatkan berat idel semula agak susah..kena sentiasa kuat semangat dan bertabah hati :)

Unknown said...

salam kak airynn terima kasih atas ilmu nie....memang nak kurus nieh haha:P xjadi jaadi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer