My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Saturday, 17 August 2013

CeRiTa TeNTaNg CiNTa

Assalammualaikum..

Berbicara soal cinta pasti ada yang membayangkan akan naluri untuk berkasih sayang..Cinta itu bagaikan memberi semangat.. Dan hilang cinta bagaikan mengundang lara di jiwa..Begitulah penangan cinta..

Kata-kata cinta pula..

"Hanya seminit bagi mencari insan istimewa,
Sejam bagi menghargainya,
Sehari bagi mencintainya,
Tetapi seumur hidup bagi melupakannya."

Sering kita lihat kisah cinta ini diterjemahkan melalui cerita-cerita dongeng, puisi, dan paling disukai ramai ialah melalui novel. Selain itu, melalui media yakni drama dan filem yang juga mempamerkan kisah cinta.

Pernah anda menonton filem Titanic? Pernah anda menonton filem hindustan dan filem korea? Dalam menyampaikan mesej yang lain, unsur cinta pasti menjadi elemen penting diselitkan supaya ia dapat menarik minat penonton untuk terus mengikuti filem tersebut. Di sini dapat disimpulkan setiap manusia di muka bumi ini amat tertarik akan elemen cinta.

Apabila ada individu yang mengambil berat dan mencintai kita, 
ia akan membuatkan kita berasa sentiasa bersemangat.

Benarkah dengan fakta yang dikatakan Semakin bercinta, semakin sihat?
Menurut kajian Universiti Utah, Amerika Syarikat telah mengesahkan fakta ini.
"Manusia yang mempunyai perasaan cinta dan saling berbalas akan hidup dengan lebih lama, gembira serta mempunyai kesihatan yang lebih baik dan kedudukan kewangan yang lebih kukuh," Kata Glen Jenson, professor dan pakar dari Jabatan Kekeluargaan dan Pembangunan Manusia, Universiti Utah.
Cinta merupakan nikmat sekiranya kita tahu tentang asas bagaimana membentuk nilai cinta yang teguh dan kukuh. Ia bergantung kepada tiga elemen iaitu Akal, Agama dan Akhlak. Jika kita menjadikan ketiga-tiga elemen ini sebagai tiang dalam sesebuah percintaan, InsyaAllah kita akan menemui cinta yang dicari. 
"Kecantikan tidak sekadar pada wajah, tetapi bermula daripada kebersihan hati yang memancarkan cahaya ke wajah. Hal ini menjadi magnet ke atas individu lain untuk terus mendekati insan yang mempunyai kecantikan yang sebegitu."
"Dalam banyak-banyak kesakitan, kesakitan yang dasyat adalah mencintai, 
tetapi dengan cinta yang kosong."

Sumber : Buku Semurni Kasih Adam, Seutuh Cinta Hawa oleh Zambri Mohamad
Diterjemahkan dengan gaya tersendiri oleh Puteri Airyn

2 comments:

Tetamu Istimewa said...

Dah boleh jadi penterjemah ITBM ni,

Unknown said...

Belum taraf menjadi penterjemah lagi tu cikgu.. Kak Erin sekadar berkongsi apa yang dibaca..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer