My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Sunday 1 September 2013

My Delicious Puding Jelly Koktail

Assalammualaikum..

Pada minggu lepas 22 Ogos 2013 Jabatan yang Erin kerja ni telah mengadakan jamuan Hari Raya di Kuala Nerang.. Setiap unit dikendaki menyediakan juadah masing-masing.. Erin pula memang dah niat nak buat kenduri puding jelly koktail ni dari awal lagi.. Sebenarnya ni salah satu cara marketing yang Erin buat.. Hehe.. Orang cakap sambil selam, baik ko minum ayo nye skali idak..?

Dua hari sebelum tu, memang rush mencari bahan-bahan nak buat puding jelly kaktail ni.. Antara bahan-bahannya ialah buah koktail yang ada dalam tin tu..Serbuk jelly perisa strawberry..Tepung kastad..Susu Idea atau susu sejat cair..Dan bekas yang comel-comel tu untuk mengisi puding jelly koktail..


Cara nak buatnya paling mudah.. 
First sekali masak tepung kastad dengan susu cair , air buah koktail dan masukan gula secukup rasa..Ikut you all lah nak manis ke kurang manis ke.. terpulang..Jangan lupa masukkan air beberapa gelas, mengikut sukatan yang terdapat pada paket tepung kastad tersebut..

Masak semua ramuan di atas dengan api yang kecil sehingga adunan tu likat sedikit, berwarna keemasan.. Selagi tak warna emas..tu bermakna tepung tu belum betul-betul masak..

 Setelah likat sedikit dan berwarna kuning keemasan..masukan ke dalam bekas comel dengan menggunakan sudu..Masukan separuh bekas sahaja tau..

Kemudian letak beberapa ketul buah koktail di atas adunan kastad tersebut..

Masak sebuk jelly dan letakkan sedikit gula jangan lupa masukan air ikut sukatan yang terdapat pada setiap kotak serbuk jelly tu..Gula tu ikut citarasa you all..Masak hanya beberapa minit sahaja.. 

Setelah serbuk jelly tu masak..Masukkan ke dalam bekas-bekas comel sehingga penuh..Dan akhir sekali masukkan puding jelly kastad yang telah siap ke dalam peti sejuk.. biarkan sehingga beku dan sedia untuk dihidangkan..


Amacam?? Okay tak resepi puding jelly koktail yang Erin buat ni..?? Menu yang simple , sedap dan ringkas.. So, apa lagi..jom lah cuba buat.. Hehe..Semua bahan-bahan ni boleh di dapati di TESCO atau kedai-kedai runcit yang berhampiran.. Cuma, kalau nak buat duit tu.. kena cari bahan-bahan yang murahlah yer.. Kalau tidak.. memang tak balik modal..

Sekian..Sharing is caring.. Thank you sebab sudi baca dan komen entri ni..Ingat, suatu kemesraan bermula dari kita.. Cewah.. Hehe

3 comments:

Mizz Aiza said...

nampak sedap tu erin.. boleh aiza cuba buat lepas ni..

Azwar Syuhada said...

Wah nampak sedap, nak sikitttt... :)


http://miss-azwarsyuhada.blogspot.com

Tetamu Istimewa said...

Berapa bekas buat ni? Nampak macam banyak ja. Mesti sedap ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer