Miss Kamera
Mira membuang pandangannya ke arah lautan yang terbentang
luas. Suasana begitu tenang sekali. Di kuala ini tempat yang paling kerap Mira
bertandang. Dia sememangnya pencinta alam semula jadi. perlahan-lahan dia
mengatur langkah memijak batu batan di tepi kuala tersebut. Kamera kesayangan
dipegang kemas. Kamera itulah menjadi sahabat karib ke mana sahaja dia pergi.
Irfan terlalu sedih dengan apa yang telah Dina
lakukan kepadanya. Kesetiaannya selama ini dibalas dengan kecurangan yang
memang jelas kelihatan. Hatinya seolah-olah membengkak menahan marah dan kecewa
apabila tunang yang dicintai sepenuh hati sanggup menduakannya. Selama ini
memang dia tahu selera tunangnya itu memang tinggi. ‘High class’ lah katakan.
Irfan memecut laju keretanya dan dia sendiri tak tahu
kemana arah bakal dituju. Dia masih teringat lagi kata-kata Dina tempoh
hari.“Fan..seluruh hidup I hanya untuk you..Kalau boleh I nak weeding kita
nanti grand sangat, kira English style lah.” Sambil tangan Dina menyentuh
tangan Irfan. “I love you dear, I pun sama, terlalu sayangkan you. You lah ratu
dihati i..Insyaallah weeding kita akan melambangkan kasih sayang kita..We’ll be
show it.” Kini jari kanan Irfan pula mencuit pipi comel milik Dina. Dina
tersenyum manja. Mereka bagaikan pasangan yang paling bahagia pada malam itu.
Candle light dinner pada malam itu merupakan malam terakhir mereka berjumpa
sebelum segalanya hancur berkecai. Pada mulanya Irfan memang tidak mempercayai
kata-kata faiz dan mengganggap kawan karibnya itu mencemburui hubungannya
dengan Dina. Irfan mengambil keputusan untuk menyiasat sendiri kesahihan
kata-kata Faiz. Akhirnya dia temui bukti apabila dia ternampak sendiri Dina mempunyai
hubungan sulit dengan seorang ahli perniaggaan berbangsa inggeris. Ketika itu
Dina sedang bermesra bersama kekasih gelabnya itu di sebuah Hotel di Negeri Kedah.
Mira memfokuskan lensa kamera ke arah sekumpulan
burung yang beterbangan di awan nan biru. lensa dilaraskan beberapa kali untuk
dapat view yang cantik dan objek boleh dilihat dengan jelas. Sekali snap sahaja
dia telah berpuas hati apabila melihat hasil di skrin digital kamera. Mira
menghala pula lensa ke suatu arah dan dia ternampak seorang lelaki sedang
berdiri menghala ke lautan itu dan meraung-raung seperti orang hilang akal.
Berkedut dahi Mira melihat lelaki tersebut. ‘Hilang akal gamaknya mamat tu,
putus cinta ler tu’ Dia berbisik di dalam hati.
Secara tidak sengaja dia menangkap gambar situasi
berkenaan. Kemudian Mira berjalan menuju ke arah lelaki tersebut kerana dia ternampak
sekumpulan burung sedang beterbangan di situ. Dia tidak mengendahkan lelaki
yang sedang meraung-ruang itu. Setelah penat melepaskan segala tekanan dengan
meraung serta memaki hamun, Irfan duduk bertinggung sambil meraup muka beberapa
kali. Irfan mengambil beberapa ketul anak batu lalu melemparkan ke arah laut.
Mira asyik dengan hobinya tanpa menghiraukan apa yang berlaku disekeliling.
Tanpa Mira sedari dia telah menghampiri Irfan dalam jarak selangkah cuma.
“Hey minah..!! kau buta kah?” Tengking Irfan kepada
Mira.
“Apa panggil orang minah-minah ni..Awak tu lah orang
gila. Macam ada tempat lain nak menjerit. ” Mira membalas dengan leteran
panjang. Kemudian Mira beredar dari tempat dimana Irfan berdiri. Kata-kata Mira
itu membuatkan Irfan terdiam. Irfan terus membuang pandangan jauh ke lautan
yang membiru, sesekali ombak menghempas ke batu-batan yang terdapat di kuala
tersebut. Setengah jam kemudian, Irfan beredar dari kuala menuju ke rumahnya.
“Hah..dah beredar pun mamat tu..muka handsome tapi
gila, minta simpang ler kalau jadi laki aku..” Mira bermonolog.
Lagu yang berkumandang dari radio keretanya
membuaikan perasaan Irfan yang sedang sebak. Setibanya di rumah. Irfan terus melangkah
menuju ke kamar tidur. Sapaan ummi, tidak langsung diendahkan oleh Irfan. Kini
dia lagi pening memikirkan masalah yang dia hadapi. Dulu nasihat ummi langsung
tidak diikuti kerana cintanya yang tebal terhadap Dina. Sekarang apa yang perlu
dia lakukan? Mahu memberitahu ummi yang dia mahu pertunangan itu bakal diputuskan?
Kad perkahwinan dan jemputan telah pun dilakukan. Lagi dua minggu majlis
perkahwinan mereka. Jika dari awal lagi dia mengambil langkah mengawasi
kelakuan Dina, tidaklah perkara sebegini berlaku.
Datin Asimah merasa hairan dengan kelakuan anak
lelaki sulungnya itu. Sebelum ini, Irfan seorang yang happy go lucky dan sangat
ceria. Irfan selalu menghiburkan hatinya. Setiap sapaannya pasti disahut oleh
Irfan. Datin Asimah hanya membiarkan Irfan bersendirian dahulu, apabila Irfan
sudah tenang, dia akan bertanya tentang masalah yang anaknya hadapi. Dia amat
berharap agar Irfan tidak melakukan perkara yang tidak diingini dan
menyelesaikan masalah secara rasional.
(Karya asal Puteri Airyn...Cerita bersambung....)
1 comment:
boleh tahan juga bakat penulisan airyn ye ;-)
Post a Comment