My LuvLy Followers

Status Terkini :

Hai sahabat blogger sekelian.. Erin nak perkenalkan blog kawan Erin.. jom jadi follower kak ni.. http://daripenaseorangummi.blogspot.com


Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Monday, 8 July 2013

Miss Kamera (Part 1)



Miss Kamera

Mira membuang pandangannya ke arah lautan yang terbentang luas. Suasana begitu tenang sekali. Di kuala ini tempat yang paling kerap Mira bertandang. Dia sememangnya pencinta alam semula jadi. perlahan-lahan dia mengatur langkah memijak batu batan di tepi kuala tersebut. Kamera kesayangan dipegang kemas. Kamera itulah menjadi sahabat karib ke mana sahaja dia pergi.

Irfan terlalu sedih dengan apa yang telah Dina lakukan kepadanya. Kesetiaannya selama ini dibalas dengan kecurangan yang memang jelas kelihatan. Hatinya seolah-olah membengkak menahan marah dan kecewa apabila tunang yang dicintai sepenuh hati sanggup menduakannya. Selama ini memang dia tahu selera tunangnya itu memang tinggi. ‘High class’ lah katakan.

Irfan memecut laju keretanya dan dia sendiri tak tahu kemana arah bakal dituju. Dia masih teringat lagi kata-kata Dina tempoh hari.“Fan..seluruh hidup I hanya untuk you..Kalau boleh I nak weeding kita nanti grand sangat, kira English style lah.” Sambil tangan Dina menyentuh tangan Irfan. “I love you dear, I pun sama, terlalu sayangkan you. You lah ratu dihati i..Insyaallah weeding kita akan melambangkan kasih sayang kita..We’ll be show it.” Kini jari kanan Irfan pula mencuit pipi comel milik Dina. Dina tersenyum manja. Mereka bagaikan pasangan yang paling bahagia pada malam itu. Candle light dinner pada malam itu merupakan malam terakhir mereka berjumpa sebelum segalanya hancur berkecai. Pada mulanya Irfan memang tidak mempercayai kata-kata faiz dan mengganggap kawan karibnya itu mencemburui hubungannya dengan Dina. Irfan mengambil keputusan untuk menyiasat sendiri kesahihan kata-kata Faiz. Akhirnya dia temui bukti apabila dia ternampak sendiri Dina mempunyai hubungan sulit dengan seorang ahli perniaggaan berbangsa inggeris. Ketika itu Dina sedang bermesra bersama kekasih gelabnya itu di sebuah Hotel  di Negeri Kedah.

Mira memfokuskan lensa kamera ke arah sekumpulan burung yang beterbangan di awan nan biru. lensa dilaraskan beberapa kali untuk dapat view yang cantik dan objek boleh dilihat dengan jelas. Sekali snap sahaja dia telah berpuas hati apabila melihat hasil di skrin digital kamera. Mira menghala pula lensa ke suatu arah dan dia ternampak seorang lelaki sedang berdiri menghala ke lautan itu dan meraung-raung seperti orang hilang akal. Berkedut dahi Mira melihat lelaki tersebut. ‘Hilang akal gamaknya mamat tu, putus cinta ler tu’ Dia berbisik di dalam hati.

Secara tidak sengaja dia menangkap gambar situasi berkenaan. Kemudian Mira berjalan menuju ke arah lelaki tersebut kerana dia ternampak sekumpulan burung sedang beterbangan di situ. Dia tidak mengendahkan lelaki yang sedang meraung-ruang itu. Setelah penat melepaskan segala tekanan dengan meraung serta memaki hamun, Irfan duduk bertinggung sambil meraup muka beberapa kali. Irfan mengambil beberapa ketul anak batu lalu melemparkan ke arah laut. Mira asyik dengan hobinya tanpa menghiraukan apa yang berlaku disekeliling. Tanpa Mira sedari dia telah menghampiri Irfan dalam jarak selangkah cuma.

“Hey minah..!! kau buta kah?” Tengking Irfan kepada Mira.
“Apa panggil orang minah-minah ni..Awak tu lah orang gila. Macam ada tempat lain nak menjerit. ” Mira membalas dengan leteran panjang. Kemudian Mira beredar dari tempat dimana Irfan berdiri. Kata-kata Mira itu membuatkan Irfan terdiam. Irfan terus membuang pandangan jauh ke lautan yang membiru, sesekali ombak menghempas ke batu-batan yang terdapat di kuala tersebut. Setengah jam kemudian, Irfan beredar dari kuala menuju ke rumahnya.

“Hah..dah beredar pun mamat tu..muka handsome tapi gila, minta simpang ler kalau jadi laki aku..” Mira bermonolog.

Lagu yang berkumandang dari radio keretanya membuaikan perasaan Irfan yang sedang sebak. Setibanya di rumah. Irfan terus melangkah menuju ke kamar tidur. Sapaan ummi, tidak langsung diendahkan oleh Irfan. Kini dia lagi pening memikirkan masalah yang dia hadapi. Dulu nasihat ummi langsung tidak diikuti kerana cintanya yang tebal terhadap Dina. Sekarang apa yang perlu dia lakukan? Mahu memberitahu ummi yang dia mahu pertunangan itu bakal diputuskan? Kad perkahwinan dan jemputan telah pun dilakukan. Lagi dua minggu majlis perkahwinan mereka. Jika dari awal lagi dia mengambil langkah mengawasi kelakuan Dina, tidaklah perkara sebegini berlaku.

Datin Asimah merasa hairan dengan kelakuan anak lelaki sulungnya itu. Sebelum ini, Irfan seorang yang happy go lucky dan sangat ceria. Irfan selalu menghiburkan hatinya. Setiap sapaannya pasti disahut oleh Irfan. Datin Asimah hanya membiarkan Irfan bersendirian dahulu, apabila Irfan sudah tenang, dia akan bertanya tentang masalah yang anaknya hadapi. Dia amat berharap agar Irfan tidak melakukan perkara yang tidak diingini dan menyelesaikan masalah secara rasional.

(Karya asal Puteri Airyn...Cerita bersambung....)

1 comment:

june mohd said...

boleh tahan juga bakat penulisan airyn ye ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers