My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Monday 8 July 2013

SaJaK : TiNgGaL KeNaNgAn SaJa

Gambar ini hak milik sendiri (Penang 2013)
 
Wajahmu yang ceria sentiasa menghiasi pandanganku,
Senyum tawamu pengubat segala lara,
Gerak geri mu buat aku tertawa,
Engkau penyeri dalam hidupku...

Aku sangka panas hingga ke petang,
Rupanya hujan di tengah hari,
Seperti direntap, kau diambil kembali..
Tinggallah aku menanti setiap hari yang sepi..

Kau hadir begitu lama,
Kau pergi dalam sekelip mata..
Aku bagai tidak menerima..
Segala hilangmu jua..

Mentari bagiku tiada erti..
Aku kini sentiasa bicara sendiri..
Tiada lagi disisi bagi menemani..
Hanya tinggal kenangan yang bermelodi

Bila kau pergi..Aku seperti mencari..
Aku mencari pelangi dalam celahan duri..
Dan akhirnya aku jua pergi..
Tinggallah pondok kita tiada penghuni lagi

9 comments:

mrs eyza said...

wah erin semakin jiwang nie...hehe

Unknown said...

Hehehe...tetiba je ada idea nak tulis sajak.. :-)

Unknown said...

Yang pergi takkan kembali,
Yang tinggal hanya menanti,
Teruskan hidup bahagia dicari...

Hee... :D

Best sajak kak erin~

Unknown said...

Hehe..TQ adik ku Nira.. :-)Kak Erin pun macam Nira jugak..suka karang sajak..

Yanty Lee said...

Sob sob sob... datang dan pergi dalam sebuah kehidupan itu lumrah.

Salam kenal. Followed. Keep in touch!

Unknown said...

Thanks Yan Ty..Betul tu.. ia adalah lumrah..

Tengkubutang said...

hai.. salam kenal,
follower no.122,
jom follow teman yea yunk..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

Tengkubutang said...

hai.. salam kenal,
follower no.122
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

Dingdang said...

ada bakat terpendam ni ^ ^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer