Assalammualaikum..
Apabila berbicara soal bidang penulisan..Tidak semua yang berbakat..
Seorang yang boleh membaca tidak semestinya dia pandai menulis.. Tetapi seorang penulis mestilah seorang pembaca..Right?
Jom semak sekejap apa keperluan untuk menjadi seorang penulis..(Tak kiralah sama ada you all ni seorang penulis proffesional, picisan, blogger atau sebagainya yang pasti ia adalah berkaitan dengan bidang penulisan) Jadi blogger pun you all tidak lari dari menjadi seorang penulis dan penyampai..Cuma ia mungkin secara tidak langsung sahaja..
Apa yang perlu ada bersama seorang penulis itu di mana sahaja dia berada..
Buku Nota - Buku nota kecil merupakan suatu keperluan bagi seorang penulis untuk mencatat segala idea yang datang secara tiba-tiba..Minda kita sentiasa bergerak dan berfikir, apabila tercetusnya idea yang bagus, segeralah mencatatnya..Hal ini kerana, bimbang idea itu akan lenyap dan mampukah kita untuk mengingatinya semula..Kitakan manusia yang serba kekurangan..Oleh itu bawaklah nota kecil sebagai teman anda..
Pen / Pensil - Inilah alat penulisan yang paling penting..Tak ada kertas, ditapak tangan pun boleh dituliskan..Hehe..Oleh itu, jangan biarkan segala idea anda beterbangan tanpa sebarang tangkapan..
Kamera - Kamera merupakan suatu alat yang penting untuk merakamkan segala peristiwa atau apa-apa sahaja yang seorang penulis itu lihat dan dia tidak sempat untuk mencatatnya..Maka, dia boleh mengambil gambar dahulu sebelum dia menghuraikan cerita berdasarkan gambar tersebut dalam bentuk tulisan..
Smartphone - Teknologi sekarang serba canggih..Jika tidak digunakan, terasa rugi pula..Pelbagai aplikasi maya terdapat di dalam smartphone masa kini.. Tanpa buku nota dan pen seorang penulis masih mampu mencatat menggunakan smarphone tersebut. Paling penting ialah pastikan smartphone you all tu punyai hayat bateri yang mencukupi..
Laptop / Komputer -Jika dahulu, seorang penulis akan menggunakan mesin taip sebagai alat untuk mencetak karya mereka.. Tetapi dengan adanya era permodenan telah menggantikan mesin taip kepada komputer dan seterusnya komputer riba yang mampu dibawa ke mana sahaja secara mobile..
p/s : Jika ada sebarang pertambahan..Apalah kiranya you all berkongsi di sini.. Ilmu berguna kita kongsi bersama.. Tambah pahala, kurangkan dosa.. Hehe..Selamat Beramal.. :-)
4 comments:
Wsalam.. Penulis blog saja.. Tapi Erin ada beli buku bagaimana untuk menjadi penulis.. So, nak kongsi dengan blogger lain, macam mana nak jadi seorang penulis.. :-) info berguna kita kongsi bersama
kalau mama, mama guna blackberry maam je untuk mencatat apa sahaja yang terlintak dalam kepala mama, selain itu, mama guna pc untuk lebih cepat buat kerja...
bila free, mama guna lappy mama je.. hihi, santai sikit..
Tapi kena spare juga nota kecil dan pen sebab.. Bateri hayatnya tak lama.. Macam Erin lebih suka tulis nota.. Setiap kali pergi travel..Erin akan buat nota perjalanan..Paling cepat Erin akan snap gambar dulu..Kamera, smartphone, note dan pen perlu ada dalam handbeg..Dulu ada netbook, selalu galas kemana sahaja..Tapi dah kena curi pulak.. huhu..
Nampaknya itulah kelemahan saya kot. Tidak suka membawa bahan untuk mencatat. Main ingat saja. Kalau lupa, memang hilang begitu sajalah idea itu.
Post a Comment