My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Friday 2 August 2013

SpaGHeTTi SoSej BeeF BuRgeR SpeCiaL

Assalammualaikum..

Tajuk resepi Erin ni buat U all confius plak kan..Saja je letak nama resepi tu bagi vouge skit..Kalau letak nama Spaghetti Daging Cucuk Sosej..Nampak macam standard je kan..So, kreatif skit lah..

 Spaghetti ni Erin cucuk pada sosej daging tu..comel tak??

 Ni lah bahan-bahan yang bakal digunakan..
Dari kiri : Sos Kimball Perisa Cencawan, Cheese Anchor, Daging Burger Ramlee, Brasilla Spaghetti, Capsicum, Dan Cendawan Putih yang fresh..

 Spaghetti tu Erin rebus guna kuali..Lagi afdal kan..Ketika merebus spaghetti tu, masukan lah sedikit garam dan minyak masak..Tujuan untuk memberi rasa dan minyak supaya apabila ditoskan nanti spaghetti tu tak melekat antara satu sama lain..

 Okay..Ini segala bahan yang telah dipotong dadu..Kalau nak pedas..jangan lupa letak cili melaka..

 Daging burger tu Erin goreng dulu dengan sedikit minyak supaya ia tak hancur bersama sos spaghetti tu nanti..jadi bila makan nanti rasa daging tu seketul-seketul..Sedap gituuu..

 Kemudian masukan sos Kimball dan masukan kesemua bahan-bahan yang telah didadukan tadi ke dalam kuali...Jangan lupa tambahkan secawan air agar sos tu tak terlalu pekat dan likat..Masukkan juga dua sudu sos cili Life untuk rasa yang lebih enak..


 Akhirnya siaplah Spaghetti dan sos daging burger yang Erin masak..

 
 Taraaa...Sudah siap loh Spaghetti Sosej Beef Burger Special ni.. Ini lah juadah untuk iftar jap lagi..Jemput-jemput mai makan.. hehe (Ajak-ajak ayam je ni..)


6 comments:

Scripters said...

Perggghhhh nampak sedap jer Spaghetti tu... boleh try ni

Unknown said...

Terbaek.:
Nmpak kreativiti kt ctu.
Apa jd kalu spagethi tu dibakar cam satay:-P

Unknown said...

haha.. tak tau lah apa rupanya jika dibakar seperti satay.. next time boleh cuba bakar plak kot..hehe

Mirza Rohizat said...

pandainya buat,baru taw boleh main cucuk cucuk pulak kan sosej dekat spagetti tu.kretif sungguh!! :)

Tetamu Istimewa said...

Amboi, uniknya. Pertama kali saya tengok ni.

Aida Ismail said...

Pehh sedap ni. Dah lama tak makan spageti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer