My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Monday 16 September 2013

Sajak : Coretan Rasa Seorang Hawa

Assalammualaikum



Jika kekayaan yang engkau pinta,
Aku bukan orangnya,
Jika kecantikan yang engkau damba,
Aku bukan orangnya,

Jika kebijaksanaan yang kau pinta,
Aku bukan orangnya,
Jika kesempurnaan yang kau idam
Aku juga bukan orangnya,

Aku hanya seorang gadis yang tidak berpunya,
Aku juga bukan seorang gadis yang begitu sempurna,
Aku hanya punyai sekeping hati yang penuh dengan rasa cinta
Aku hanya seorang gadis yang memerlukan pelindungnya..

Jika dahulu Adam memohon agar diadakan Hawa,
Kenapa Hawa hadapi sendiri dunianya
Jika Adam mahu ada peneman hidup bersama,
Begitu juga Hawa tidak mahu keseorangan walaupun di dunia..

Karya : Puteri Airyn Sept 2013

10 comments:

Fais-SKA said...

mendalamnya mksud..tp sajak ni cantik je susunan ayatnya..sabarlah wahai hawa..smuanya ketentuan Allah, yakin padaNya..stiap kejadian pasti ada hikmah..

Unknown said...

wahhh..sedap dibaca dan setiap ayat ada maksudnye trsendiri.:)

Unknown said...

berbakat la kak erin ni..bila baca nampak cantik je flow sajak ni :)

Unknown said...

bakat baru...hehe salam singgah

PeRdU cINta said...

indah kiasan rasa mengungkap segala isi tersirat.. :)

Mizz Aiza said...

terbaik puisi yang erin buat ni.. aiza suka baca, begitu mendalam maksudnya..

shazillahsani.com said...

wahhh...mendalam betul kata2 dia...

Akupenghibur.com said...

wow penuh dengan makna tersirat dan tersurat :)

Tengkubutang said...

syahdunya..mendalam menjiwainya..

Tetamu Istimewa said...

Sajak ini lebih bertenaga. Tahniah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer