My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Thursday, 4 December 2014

Aku Yang Masih Menanti



Ketika badai dan ombak menghempas diriku..
Aku seperti kehilangan arah..
Aku mengharapkan sinar bahagia menerjah kehidupanku
Dalam doa aku memohon agar aku diberi jalan itu

Aku pasrah jika dosa-dosaku menyekat segala kebahagiaanku
Tetapi sesungguhnya aku masih berharap jika aku diberi peluang.
Aku juga seperti insan-insan yang lain ingin menyayang dan disayangi
Punyai seseorang yang begitu menghargai diri ini seikhlasnya.

Aku menanti dari hari demi hari..
Waktu demi waktu..
Tetapi aku masih terasa sendiri dan sepi

Aku punyai sepasang mata
Mata itu kelihatan ceria..
Tetapi mata itu tidak bisa berbicara secara lisan
Cuma insan yang pandai menilai akan berkata
Mata ini menyimpan pelbagai duka kerana kelopaknya sentiasa berair

Aku pasrah dengan kehidupan ini..
Dan aku terus menanti untuk diberi sedikit kebahagiaan
Sebelum nafasku yang terakhir...

Wednesday, 26 November 2014

Apa Kata Masha???

Assalammualaikum..

Holaa.. Hai you all.. Apa Khabar?? Diharap sentiasa sihat sejahtera yer..

Tak ada apa pun yang Erin nak sembang kat sini.. Yang penting sekarang Erin teruja sangat dengan watak kartun ni.. MASHA AND THE BEAR.. So cute.. Rasa macam nak cubit-cubit pipi Masha yang kiut miut tu kan..Jom tengok gambar-gambar Masha yang Erin telah cilok dari Encik Google..


Masha : Jomlah kawan-kawan menonton TV dengan I.. Hihi..


Masha : Cekelat ni untuk you all.. Tapi tak boleh makan banyak-banyak.. Nanti rosak gigi yer..


Masha : Comel tak Masha selfie..?


Masha :Haaa... Rasberry.. Nyum Nyum..!!


Masha : Hmm.. Berangan nak jadi Cuties and The Bear kejap yer..Hihi


Masha : Wow.. So Sweet.. Yeah..!!


Masha : Posto posto .. I'm Cik Polis..!!


Masha : Jom kita melukis.. Yeah..!! ^_@

Tuesday, 25 November 2014

Holla Cuti Sekolah Datang Lagi !!

Assalammualaikum..

Hai friends.. Hihi.. Tengah buat apa tu?? Cuti-cuti sekolah ni tak bawa anak-anak u all pergi jalan-jalan ke??

Baru-baru ini.. Erin and the family telah ke Perlis.. Alolo.. macam tak pernah perlis pergi ke Negeri Indera Kayangan tu kan.. Kayangan u all..(Saja je nak tekankan perkataan kayangan tu kan??? Hehehe)

Sebenarnya kami hanya mahu ke Wang Kelian dan Wang Krachan saja.. Tetapi singgah jugak lah ke Ladang Ostrich.. Best pergi jalan-jalan ni..Jom tengok gambar-gambar percutian Erin dan family.. Sebagai menjamu mata..


Ni my aunties bergambar bersama ostrich.. Alolo tomey nya..


Hai Ostrich.. I come to see you...!!


Haa.. Tu dia postor Ladang Ostrich..


Kat Ladang Ostrich ni ada ATV juga tau.. 15 minit dengan kadar bayaran RM20..Kalau 30 minit RM35 kot.. Best naik ni kelakar gileers...

Tuesday, 11 November 2014

Apabila Aku DiGemukan!!

Assalammualaikum..

Ya Allah.. Tak boleh bayang bila diri jadi gemuk macam ni..
Hehe.. Ni lah hasil edit melalui phone.. Canggih naa.. So janganlah terpedaya dengan gambar seseorang.. Orang nak juai produk pun boleh edit macam ni.. yang kita pun percayalah percaya.. Rupanya edit bukan main lagi.. Huhu..


Saturday, 8 November 2014

Lawatan Sambil Belajar - Projek Pembinaan Naik Taraf Jeti Langkawi

Assalammualaikum..

Hai you all...
Baru-baru ni pada hari Rabu dan Khamis..Erin ada mengikuti Program  Lawatan Sambil Belajar ke Jeti Langkawi dengan geng-geng JKR Jota Setar / Padang Terap..

Tak sangka boleh pakai topi keselamatan ala-ala engineer gitu.. Hehe..Jeti Langkawi akan dinaik taraf lagi.. Dijangka siap hujung tahun depan.. itu pun paling cepat lah.. Dimaklumkan juga pembinaan itu menggunakan sistem IBS..

Eerr.. kat mana kami bermalam?? Jawapannya di HIG Hotel.. Eh best tau hotel tu.. Al Maklumlah hotel baru.. Jom view gambar-gambar Erin sepanjang program ni..


Ah ciwi sebentar dengan topi keselamatan tu.. Biasanya arkitek dan engineer je yang pakai topi ni.. Tapi dah melawat tapak projek yang agar merbahaya.. Topi ni menjadi keutamaan.. Takut juga apa-apa terjatuh atas kepala nanti kan..


Yang baaju kuning tu lah arkitek JKR Daerah Langkawi yang diberi mandat untuk projek ni.. 
Team untuk projek ni terdiri daripada jurutera, arkitek, pelukis pelan dan lain-lain.. Projek ini terbahagi kepada dua Fasa.. Fasa pertama dijangka siap hujung tahun ni dan fasa kedua dijangka siap hujung tahun hadapan.. Semasa dalam taklimat oleh Jurutera yang menguruskan projek ni.. Kami dipertontonkan simulasi perjalanan penumpang-penumpang apabila jeti ini siap sepenuhnya nanti.. Wah hebat Negeri Kedah nanti kerana punya Jeti yang cantik dan sistematik ala-ala lapangan terbang.. Sesuai dengan nama Pulau Langkawi Permata Kedah yang merupakan aset pelancong yang terpenting di Negeri Jelapang padi ini. Syabas..!!


Memori terindah.. Pertama kali berpeluang mengikuti program macam ni.. Rasa bertuah dapat berkhidmat di Jabatan Kerja Raya..


Masa lapang Erin sempat ke Geleri HIG.. Banyaknya coklat.. Boleh beli untuk buah tangan.. Tapi jangan makan banyak-banyak coklat..Nanti rosak gigi


Ni pulak BBQ di Hotel HIG.. Sedap baq hang.. Banyak betul ketam.. Lamb chop pun ada.. Satay pun ada.. Kesimpulannya.. Nak makan yang mana satu pun tak tahu.. Yang paling sedap spaggetti.. sampai dua kali ulang makan..Hehehe..

-Sekian-

Friday, 17 October 2014

Oh Langkawi Island.. Aku Suka (Island Hopping & Snockeling)

Assalammualaikum..

Eh macam lama je Erin tak tulis entri di blog ni kan..?
Nak kata Erin ni terlalu sibuk tu..Tak lah sangat..May be malas nak tulis kot..
Okay lah.. Baru-baru ni Erin dan family pergi ke Langkawi..
Alah pulau yang cantik di Kedah ni.,..
Percutian kami kali ni sangat-sangat puas hati.. Kalau ada rezeki, rasa nak terjah lagi ke Langkawi..
Kami di sana selama 4 hari.. Wow lama jugak tu.. Itu pun masih terasa tak cukup hari.. Hehehe..

Kami bertolak dari jeti Kuala Kedah pada pukul 8.30 pagi.. Sampai di Jeti Langkawi pada pukul 10.30 pagi.. Dua jam atas ferri.. Sesampainya di sana, terus sewa kereta dan check in hotel di area Pantai Chenang


Pukul 2 petang, kami dah bersiap-siap untuk ke Island Hopping.. Best giler dapat naik speedboat keliling Pulau-Pulau yang ada di sekitar Pulau Langkawi.. First, Kami dibawa ke Pulau Tasik Dayang Bunting. Di Pulau tu Erin dan adik sempat naik sampan itik.. Hehe


Adik Erra dengan peace nya.. Hehe..


Ayuhlah kayuh..Then kayuh lagi..Sampai penat dah kaki ni..Nak tahu sewa sampan itik ni berapa bayarannya? RM30 untuk 30 minit... Hmm.. Mahal jugak lah..Tapi dah adik nak naik.. I teman je lah.. Hehe


Eh bergaya kejap dekat sampan itik ni after penat berkayuh keliling tasik..


Ini my parent.. Ehem..Ehem.. Hehe



Peace yoo.. I dengan mama..On the way ke tasik..Picture ni siapa yang snap?? Eeerr..Abah I lah yang snapkan..


Eh.. Tak perasan plak abah snap picture I tengah dok ambil gambar guna phone


Eksyen kejap sebelum ke destinasi seterusnya..


Okay.. Bye bye Pulau Tasik Dayang Bunting..Kemudian kami di bawa tengok helang dan seterusnya ke Pulau Beras Basah.. Di Pulau Beras Basah..Boleh snockeling jugak..Best tau..


Okay.. Ini pula aktiviti hari kedua..Apa lagi beb.. Snockeling lah..Kami ambil pakej yang Langkawi Coral.. Harga RM295 seorang..Dari Jeti Kuah.. Kami bergerak ke Langkawi Coral yang terletak berhampiran Pulau Payar.. Best giler snockeling di atas pelantar Langkawi Coral ni..Kami sampai di pelantar tersebut pada pukul 10 pagi dan berakhir pada jam 3 petang.. 


Hoi ikan.. Aku datang melawat mu ni.. Comel tak I berenang..Ada rupa macam ikan jugak tak?? Hahaha..


Bersama mama.. Kami meneroka hidupan laut.. Nak ambil pakej skuba mahal sangat.. Pakej snockeling macam ni pun dah kira okay sangat-sangat kan..


Bukan setakat berenang di pelantar saja..Kami dibawa dengan speedboat ke pesisir pantai Pulau Payar untuk snockeling di situ pula dan diberi masa 1 jam..Habislah hitam kulit ku asyik snockeling saja..Apa pun best sangat-sangat..

Baki 2 hari lagi di Langkawi.. Erin buat apa yer?? Okay.. The next entry will be coming soon.. Stay tune.. Ahak... !! @_^





Sunday, 12 October 2014

Semakin kata TAK, Semakin Rasa SAYANG

Assalammualaikum..

Hai you all.. Semoga kita memperolehi barakah dari Allah SWT..


Bila kecewa.. Kita rasa sedih sangat.. Kita cuba untuk kuat..Bila kita menyayangi seseorang macam ni lah jadinya.. Cinta itu unik bukan.. Walaupun kita cuba menafikan.. Tetapi kita tak boleh.. Oleh itu janganlah cuba menipu diri kita apabila kita terlalu sayangkan seseorang..

P/S : Jangan lupa baca entri ini juga yer TIPS KETENANGAN HATI

Tips Ketenangan Hati

Assalammualaikum..

Hai you all.. Erin harap you all berada dalam keadaan sihat walafiat..



Dalam kehidupan ini..Kita tak lepas dari masalah yang bertimpa-timpa..Kadang kala kita dalam dilema..Dalam kesedihan... Apa pun yang terjadi sentiasalah berkata "LA TAHZAN INNAALLAH MAA ANA" Maksudnya "JANGAN BERSEDIH KERANA ALLAH SENTIASA BERADA DENGAN SAYA"

Janganlah kita menyalahkan sesiapa dan jugak takdir.. Memang begitu perjalanan kita di dunia ini.. Mana tau dengan cekalnya hati kita.. Allah SWT beri kita pahala yang banyak.. Nanti dapat masuk syurga jika timbangan neraca tu lebih di bahagian pahala..Apa pun InnaAllah Maa Ana.Kesatlah air matamu.. Tersenyumlah walaupun kadang kala kesediahan itu datang kepadamu..Bak kata orang setelah hujan ada pelangi yang cantik..Yang penting sentiasa ingat Allah..

1. Jangan tinggal solat 5 waktu
Solatlah..kerana ia memang wajib pun kepada kita sebagai hamba Allah SWT. Solat itu memberi ketenangan.. Dengan solat mendekatkan kita dengan Allah SWT.. Pohonlah doa kepada Allah SWT..kerana hanya Allah SWT sahaja yang dapat membantu kita dalam segala perkara.

2. Selalu baca Al-Quran dan terjemahan
Sesungguhnya al-Quran itu penyuluh kita di dunia dan di akhirat.. Al-Quran itu peneman setia..Bacalah selalu untuk ketenangan hati.. Selalu baca al-Quran..Syaitan dan Iblis pun takut nak mendekati kita.

3. Selalulah menghadiri majlis ilmu
Bak kata pepatah.. Harta itu akan habis tanpa ilmu.. Ilmu yang baik dapat membantu kita ke jalan yang lurus dan dengan ilmu juga kita mudah perolehi rezeki..

4. Senaman, hobi dan jaga diet pemakanan
Walaupun kita rasa sedih.. Cubalah keluar cari udara yang segar..Lakukan aktiviti seperti joging, aktiviti memanah atau memancing ikan.. Pemakanan juga perlu dijaga supaya badan kita sihat.. Apabila kita sihat secara automatik kita boleh menyelesaikan masalah itu dengan baik dan mendapat ketenangan.

Sebenarnya banyak lagi tips dalam mencari ketenangan..Ini adalah sebahagian daripada pandangan Erin.. Terima kasih ye kerana sudi membaca.. Saya tulis..Anda baca.. Saya suka.. Semoga kita mendapat keberkatan daripada pendapat ini..Love you readers..

Tuesday, 7 October 2014

Stokin Jari kaki

Assalammualaikum..
Hai you all..


Comel tak stokin macam ni.. Hehe.. Hari tu Erin and the geng gi jalan-jalan Alor Setar Mall..
Tengah belek-belek kasut ternampak stokin ni.. Terus grap.. Niatnya nak pakai time tidur malam..
Konon mau jaga kaki lah..Takut kesejukan di malam hari.. Hehehe



Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalammualaikum.. 

Hai you all.. Eh macam lama je kan tak menulis di blog ni..
Nak kata Erin terlalu sibuk sangat tu tak ada lah..
Cuma bila sign in je blogger.com ni..tertiba mood nak menulis jadi hambar..
Now gagahkan diri untuk menulis jugak.. hehehe

So, Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha.. Kepada yang menunaikan ibadah Haji dan korban.. Semoga kalian memperolehi barakah dari Allah SWT..InsyaAllah..Aamin..

Tuesday, 15 July 2014

Adoi.. Kenapa ending drama ni macam ni??

Assalammualaikum..


(gambar ni cilok by google..Hehehe)

You all tengok tak drama yang diadaptasikan dari Novel KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN.. Alah yang heronya Tajul Razin dan heroinnya Indah Harlina tu... Huhuu.. Kenapa ending dia macam tu?? Kompius Erin.. Manakah ibu Indah Harlina?? Mengikut cerita di dalam novel ibu kepada Harlina ni kena penjara.. Dan Indah tu koma sehingga dia melahirkan anak.. Bila sedar dari koma dia jumpa ibu dia dan ayahnya telah menceraikan ibu tirinya dan berbaik semula dengan ibu Indah Harlina.. Indah pula simpati dengan nasib kakak tirinya Zawani dan menolong wati untuk buat pembedahan plakstik di muka.. Hmm.. Sekian.. (Rasa tak puas hati ni dengan ending drama tu.. Tapi apa pun.. novel dan drama memang tak sama..)

Wednesday, 9 July 2014

Perasaan

Assalammualaikum you all..

Hari ni Erin rasa macam tak berapa best.. Rasa sedih tetiba..Rasa sayu dan macam-macam perasaan bercampur-baur..Nak identify perasaan yang Erin rasai sekarang pun tak tahu.. Apa pun sabar..Mungkin Erin banyak fikir soal jodoh..yer lah..kan umur dah meningkat.. Lepas tu orang pakat tanya.. Erin jadi sedih.. Dok cakap kat diri La Tahzan.. Tapi last air mata juga yang mengalir.. Erin tahu ini dugaan dan ujian Allah SWT.. Maka Erin kena tabah dan sabar.. Cuma Erin selalu ingat bahawa tiada manusia di dunia ini yang terlepas dari diuji oleh Allah SWT.. Ujian  itu tanda kasih sayang Allah SWT kepada hamba-gamba Nya..

Celoteh Ramadhan 3 : Berdoalah..

Assalammualaikum you all..

Tajuk entri Erin kali ni bertajuk doa.. Berdoalah.. Ye lah sempena bulan yang mulia ini kita disarankan perbanyakan doa.. Berdoalah kepada Allah SWT.. Insya Allah diperkenankan.. Lambat atau cepat dimakhbulkan tu Allah Hualam.. Berdoalah selepas solat walaupun hanya dengan surah Al-Fatihah


Doa secara istilahnya adalah perbuatan rayuan. Rayuan kita sebagai seorang muslim dan mukmin pastinya kepada Allah SWT.. Tuhan Yang Maha Esa. Perkataan ini diambil dari istilah Arab yang bermaksud 'untuk memanggil' dan ia adalah merupakan suatu ibadah yang sangat istimewa dan diperlukan dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim dan muslimah.

Aisyah r.a berkata : "Bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : Sikap berhati-hati tidak mengurangkan sedikit pun ketentuan Allah, dan doa bermanfaat bagi keburukan yang telah menimpa atau yang belum ditimpa, dan apabila bala telah menimpa maka doa menghalangnya sehingga hari Akhirat."
(Hadis riwayaat al-Bazar, at-Tabrani dan al-Hakim)

Mengapa kita perlu berdoa?

Sebagai hamba Allah SWT.. Segala perbuatan kita terbatas..Kita tidak dapat melakukan sesuatu itu dengan baik atau menghindari atau mengelak dari sesuatu mala petaka tanpa bantuan Allah SWT. Hanya Allah SWT Yang Maha Esa..Sesungguhnya tujuan penciptaan manusia adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah dan dan ada hadis yang menyatakan doa itu adalah suatu ibadah. (Menurut Riwayat at-Tirmidzi)

Etika Berdoa

1. Memulakan doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Nabi saw.

Berdoa juga perlukan etika atau tertib dan bersopan.. Sebolehnya di awal doa sebutlah Asma ul Husna..Yakni nama-nama terbaik dan pujian-pujian terhadap Allah SWT..Oleh yang demikian, Sebelum memulakan doa kita disarankan membaca surah Al-Fatihah iaitu suarah pertama dalam Al-Quran.. Surah Al-Ikhlas juga terbaik maksudnya yakni memuji Allah SWT.. Tuhan sekelian alam yang telah menjadikan serta menghidupkan kita semua. Kemudian berselawtlah ke atas Nabi Muhamad s.a.w. Sesungguhnya Nabi Muhamad s.a.w adalah kekasih Allah SWT.

2. Berada daalam keadaan suci, menghadap kiblat, dan mengangkat tangan ketika berdoa.

Sesungguhnya Allah SWT suka kepada kebersihan dan mengadap ke arah kiblat demi mendapat pengampunan dari Allah SWT.

3. Menadah tangan di hadapan wajah tapi tidak melebihi paras kepala

4. Gunakan kata-kata yang komprehensif

Contohnya Maksudnya : " Wahai Tuhan kami; berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka."

5. Jangan meminta apa pun yang berdosa dalam doa. Berdoalah untuk perkara yang baik-baik sahaja.

6. Besikap pasti dan yakin ketika berdoa.

7. Jangan berputus asa jika doa belum dijawab kerana Allah SWT suka dan sayang kepada orang-orang yang tidak berputus asa.

8. Rasulullah s.a.w biasanya mengulangi doa sebanyak tiga kali dan diselang-seli dengan istifar sebanyak tiga kali.

9. Berdoalah ddi waktu terpilih dan masa yang disarankan. Insya Allah doa dimakhbulkan atau doa dijawab oleh Allah SWT.

10. Berdoalah dengan suara yang perlahan dan merendah diri selain mengakui segala kesalahan serta dosa-dosa yang pernah dilakukan.

Waktu yang tebaik untuk berdoa:

1. Semasa berpuasa
2. Waktu ketika hampir untuk berbuka puasa
3. Semasa Azan
4. Waktu  di antara  azan dan iqamat.
5. Semasa hujan
6. Semasa bermusafir
7. Semasa Malam Lailatul Qadar
8. Sepertiga terakhir malam
9. Pada lewat malam
10. Pada seketika waktu di hari Jumaat
11. Semasa minum Air Zam Zam
12. Berdoalah semasa sujud
13. Ketika terjaga di waktu malam
14. Pada penghujung solat fardu
15. Pada hari Arafah
16. Pada sepuluh hari pertama Zulhijah
17. Selepas kematian seseorang.

(Sumber rujukan : Buku Wirid dan Doa Selepas Solat- Muhammad Haris -Pustaka Ilmuwan)
(Picture by google)

Thursday, 3 July 2014

Celoteh Ramadhan 2 : Pekasam Daging

Assalammualaikum you all..

Hai.. Hari ni dah 5 hari kita menunaikan ibadah puasa.. Amacam semua? Okay? Harap-harap masih okay lah kan.. Ada lagi 25 hari lagi untuk menyambut Syawal.. Hahaha.. Macam menghitung hari pulak..

Di sini Erin nak kongsi suatu menu baru yang shangat diperkatakan di facebook atau sewaktu dengannya.. Ahak.. Pekasam Daging.. Selalu dengar pekasam ikan je kan.. 

Ni sudah ada pelbagai jenis pekasam.. Jangan jadi pekasam mansia sudahlah yer.. Barang siapa tidak mandi maka dia bau sama macam pekasam.. Hehehe.. (Gelak nakal)


Pekasam ni Erin beli dari kawan Mak Cik Erin yang tinggal di Sungai Petani.. (Kat Alor Setar pun ada orang jual pekasam daging ni jugak).. Mak Cik Erin maklumkan kat Erin yang kawan dia ada  juga jual pelbagai jenis pekasam seperti kambing dan puyuh.. Hahaha.. habis semuanya nak dibuat pekasam..

Pekasam daging ni Erin goreng bersama hirisan bawang besar dan juga cili hijau.. Ops!! jangan lupa perahkan sedikit limau nipis dan sedikit garam untuk rasa lebih masam dan masin..

Firstly Erin masukkan 3 sudu besar minyak masak ke dalam kuali.. setelah minyak agak panas, masukan pekasam daging yang dipotong nipis-nipis atau kecil-kecil..(Diingatkan jangan basuh  daging yang diselaputi oleh beras tu).. 

Goreng hingga garing sedikit, perah sebelah hirisan limau nipis serta garam secukup rasa dan masukkan cili hijau bersama hirisan bawang besar ke dalam kuali.. Goreng dan gaul sehingga hirisan bawang dan cili hijau tu agak garing sedikit.. Taraaa... sudah siap..(Menu untuk berbuka puasa nanti)


Sempat lagi selfie di office.. Nak tahu tak hari ni Erin terlewat bangun.. Ehem,ehem.. Jangan bagi tahu dekat BF Erin tau.. Nanti dia takut pula nak jadikan Erin ni isteri dia.. Hehehe..

-Sekian-

Wednesday, 2 July 2014

Celoteh Ramadhan 1 : Salam Ramadhan 1435H

Assalammualaikum you all


Anak arnab berlari-lari
Jatuh longkang kaki patah
Bulan Ramadhan datang lagi
Semoga tahun ni lebih barakah

Eh.. pantun pulak Erin ni kan..Apa yang you all rancang ye sepanjang bulan Ramadhan ni? Mesti jadual you all agak pack jugak kan.. Terutamanya ibu-ibu dan isteri-isteri.. Disamping menguruskan keluarga, you all jugak mesti nak lebihkan beribadat.. Yang suka buat cookies untuk raya ni mesti tengah fikir-fikir pelbagai jenis cookies kan.. Hmm.. Erin tak pandai buat cookies.. Tapi ada satu je yang Erin suka buat..


Haaa.. kuih siput handmade by Erin.. Cewah.. Senang je nak buat kuih siput ni.. Siap dah ada tempahan.. Tapi Erin belum buat lagi..Dekat-dekat nak Syawal nanti baru mula buat.. Tapi apapun solat sunat Terawih tidak dilupakan..


Bagi kaum Adam bolehlah niat puasa untuk sebulan.. Bagi kaum Hawa pula niat puasa setiap malam sebelum tidur..Ye lah kaum Hawa tak kan penuh puasanya sebulan.. Kecuali monopous atau mengandung..


Ni pula cara-cara untuk khatam Al-Quran selama sebulan.. Mesti bolehkan.. Insya Allah..

(Sumber picture by facebook)

Tuesday, 1 July 2014

Kenangan di Bulan Ramadhan 1 : Beli Ais Kiub

Assalammualaikum you all..


Haish.. Sambil buat kerja Erin dok senyum sorang-sorang.. Cer teka kenapa Erin senyum sorang-sorang? Bukan sebab Erin dah gila.. Tapi sebab teringat kenangan masa kecil-kecil dulu pada bulan Ramadhan..

Seingat Erin.. Waktu tu Erin baru darjah satu..Bila dah masuk sekolah.. Mama cakap kena puasa walaupun sekerat hari je.. Time rehat pukul 10 pagi.. Kawan-kawan sekelas pakat keluar pi kantin.. Kenapa pergi kantin? Kan puasa..Lepas tu nampak setiap mereka bawa sebungkus plastik berisi ais batu kiub.. 

Erin pun tanya kepada salah seorang kawan sekelas untuk apa beli ais kiub tersebut. Dia cakap untuk hilangkan haus kerana panas. Kemudian Erin tengok dia letak plastik yang berisi ais kiub itu dekat kepala, kejap dekat leher, kejap dekat muka.. Hahahaha.. dah rasa macam kelakar pun ada.. Tapi Erin pun sama.. Pada puasa keesokkan harinya, Erin pun beli ais kiub macam tu juga.. Sejuk.. kan dalam kelas tak ada aircond.. Hanya kipas saja, tak tahan cuaca panas.. Sekarang ni dalam office ada aircond.. Tak da lah nak pergi beli-beli ais kiub lagi.. Hehehe.. Kenangan-kenangan..

Sakit Hati Bila Hutang Ditangguhkan

Assalammualaikum you all...

Topik hari ni ialah hutang..Erin sebenarnya memang tak suka sangat tentang hutang ni.. Sama ada Erin perlu berhutang atau memberi hutang.. Kenapa perlu berhutang jika diri itu mampu.. Dah la berhutang tapi tak mahu bayar pulak tu.. Haish.. kita nak mintak pun tak sampai hati.. Tapi nak beri pimjam buat kali kedua memang tak lah sebab hutang yang lama pun dia tak boleh bayar.. 

Erin agak hairan.. Berhutang untuk kesenangan diri?? Memang tak masuk akal..Sudahlah berhutang, nak melaram..Baju cantik, kereta besar, anak-anak diberi minum susu yang mahal dan pakai pampers.. Upah pengasuh dan sebagainya.. Kita yang beri hutang ni pun tak bergaya tara mana.. Memang niat kita nak tolong.. Tapi bila dah tolong.. Tolong lah bayar.. Sebab Erin pun perlu jugak duit tu.. Walaupun tak banyak mana yang dia pinjam.. Tapi sekurang-kurangnya duit Erin yang dia pinjam tu dah lepas untuk Erin bayar minyak kereta..

Tu lah kalau nak tolong orang pun tengok dululah kebarangkalian dia membayar balik.. Kalau dia tak mampu.. sedekah je RM10 dan Erin halalkan.. Sakit hati pun tidak.. Ni macam nak kurangkan pahala puasa eden je..

Dalam surah Al-Baqarah ayat 282 menyatakan tentang hutang. Hutang merupakan sesuatu yang berat. Dosa tidak diampunkan selagi kita tidak menjelaskan hutang. Menangguhkan hutang pula merupakan perbuatan yang zalim. Maka, fikir-fikirkan lah...

Pakaian hebat berjenama...Kereta besar.. Handphone mahal.. Kalau orang tu susah tak pa lah jugak..Tapi bila orang yang mampu pinjam duit kita.. Dan tangguh bayar.. Kita jadi sakit hati pula.. Sudahlah kita tahu dia baru je dapat gaji.. Sabar-sabar itu sebahagian daripada iman.. 

Thursday, 26 June 2014

Alhamdulillah Ramadhan Will Come Again 1435H

Firstly Assalammualaikum to all of you..


Ramadhan will come again.. As we know.. Bulan Ramadhan adalah bulan di mana semua umat Islam akan menunaikan rukun Islam yang ketiga.. Selama sebulan kita dikehendaki berpuasa.. Berpuasa bukan sahaja menahan diri dari lapar dan dahaga.. Tetapi menahan segala nafsu melalui anggota badan kita.. Yang paling orang gagal ialah dalam menjaga pertuturankan.. Erin harap di bulan yang mulia ini kita dapatlah melatih diri kita dari bercakap perkara yang lagha seperti berbual kosong, mengata orang lain dan sebagainya.. Melatih diri di bulan Ramadhan dan kekalkan sikap yang baik sehingga bila-bila.. Ramadhan merupakan bulan pengampunan.. Semoga segala ibadah kita diterima oleh Allah SWT.. Lakukan yang terbaik di bulan yang mulia ini dan kekalkan yang baik itu untuk selama-lamanya.. Meskipun kita tahu bahawa manusia sentiasa bersikap baharu yakni sikap yang berubah-ubah. Di kesempatan ini Erin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya Erin ada berbuat salah dan atau menggunakan bahasa yang kurang enak di sini.. Erin doakan semoga you all sentiasa diberkati oleh Allah SWT..

Sekian.. ^_^

Sunday, 15 June 2014

Ekspresikan Wajah Mu

Assalammualaikum.. Hai You all..

Okay di sini Erin nak tunjukkan beberapa eksperi wajah Erin serta dialognya sekali.. Hehehe
(Eh Erin.. Ekau doh tak dok koje ko? )


"Eh, Korang..kalaau I kelepek tudung macam ni.. Cantik tak?"

 "Cuuu Cak.. Terkejut tak? Hehehe.."


 "Oh ye ke.. So you nak bagi tahu I sesuatu ke?"


"Haa.. I buat kerja salah ke? Ops.. Malu.."


 "Ye Cik.. Tolong bagi butiran you supaya I senang nak berurusan nanti.."


 "Haish..Buat kerja tu berfikirlah dulu yer.."


 "I betul-betul berharap dapat dapat buat kerja ni dengan bagus"


"Hey.. I Banyak kerja ni..Please stop to snap my picture again.. No more selfie..Hehehe"


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer