My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Saturday 31 August 2013

Big Bang Sedap Dan Khasiat Rumpai Laut

Assalammualaikum..

Siapa biasa makan Big Bang.. Sedap ni.. Sebenarnya ini adalah snack rumpai laut..
You all tak gaduhlah nak rendam ke apa ke.. Just kunyah macam makan keropok..
Soal halal? Memang ada tanda halal..Big Bang ni salah satu produk Tao Kae Noi..
Ia diimport dari negara jiran kita, Thailand.. Erin belum jumpa lagi produk berasaskan rumpai laut ni buatan Malaysia.. Ke dah ada, cuma Erin je yang tak tahu.. Tolong habaq sat kat chek..


Sesungguhnya kita semua sedia maklum bahawa rumpai laut begitu berkhasiat.. Dan kaya dengan antioksidan..Tapi mampukah kita untuk makan rumpai laut dengan begitu sahaja tanpa diinovasikan kepada bentuk yang mesra mulut..Hehe..(Patutlah ikan duyung awet muda kan.. sebab dok makan rumpai ni lah..ye ke? Dongeng je kot)

"Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit," Dr Muta Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM.

You tahu tak, kologen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai pelekat dalam badan..Ia dapat melindungi, menyokong tisu lembut yang dapat menyambungkan dengan tulang badan..Rumpai laut ini mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit.

INFO: Khasiat rumpai laut untuk kecantikan dan kesihatan
Kesihatan
• Terkenal sebagai ejen kecantikan kulit semula jadi.
• Menjadikan kulit lebih putih dan tegang.
• Melancarkan kitaran darah.
• Melicin dan menegangkan kulit dan payudara ( anti penuaan)
• Melambatkan proses penuaan dan melangsingkan badan.
• Mengekalkan kelembapan dan menganjalkan kulit.
• Menaikkan tekstur kulit dan seri wajah.
• Mengurangkan pembentukkan selulit.
• Menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut sihat dan bersinar

Kecantikan
• Menambah baik dan meningkatkan tahap kesihatan sendi tulang.
• Meningkatkan nafsu dan daya keintiman
• Iodine yang ada di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goiter iaitu kelenjar Thyroid membengkak.
• Membantu mengurangkan kolestorel dalam badan.
• Membantu dan merawat penyakit gastrik.

Keburukan
* Jangan mengambil terlalu berlebihan kerana rumpai laut mengandungi iodin yang boleh menyebabkan keracunan, sakit perut dan mampu menghakis perut. 

p/s : sumber  http://www.bharian.com.my

16 comments:

norhasnizakhalid said...

nice sharing erin.. :) dulu mama makan rumpai laut yang dorang jual tu.. lepas tu tak makan dah.. tak lalu.. hihi

Eiqa Almond said...

Ingat Big Bang artis korea tuu, ehhee
Dulu selalu gak makan rumpai laut..
Tp semenjak bnyak kes niee eiqa mlas nk makan da, takut, curiga tetap ade, hohooo

Fais-SKA said...

nice sharing =) siap ada snek lg eh..sedap ke?? rsanya sy pnh try minum je..tp tp tp..rsa mual pn ada..ha3, nsb baik cmpur oren

Unknown said...

Sedap snack ni.. ada pelbagai perisa.. yang paling sedap..perisa sotong cili.. marvelous eh..

Unknown said...

kat sini bnyak rumpai laut cmni org jual..patut org jepun sihat2 je kan :P

Unknown said...

Akmal..Ni memang asal makanan orang jepun.. Tapi produk yang kak Erin beli ni datang dari Thailand plak.. :-) Orang jepun comey-comey sebab makan rumpai laut kot..

ANIM said...

2 Abdul kak pun suka makan. tapi tekak kak tak leh pulak..macam makan daun aja, heeee

Mizz Aiza said...

tak pernah lagi makan big bang tu.. selalu aiza masak rumpai laut buat macam agar2 tu, kemudian makan setiap pagi.. pernah juga cuba buat kerabu, sedap juga..

Tetamu Istimewa said...

Biasa makan, tapi saya tak berapa suka. namun, banyak khasiatnya kan.

Sharinginfoz said...

suka makan yang pedas dan original tapi yang natural pula macam hanyir sikit

zack said...

sapa nk try...snek rumpai..keluaran bumiputera...dijamin tiada bahan pengawet...
wasap 01138229768
instagram👉 dehome_biz..tq

zack said...

sapa nk try...snek rumpai..keluaran bumiputera...dijamin tiada bahan pengawet...
wasap 01138229768
instagram👉 dehome_biz..tq

zack said...

sapa nk try...snek rumpai..keluaran bumiputera...dijamin tiada bahan pengawet...
wasap 01138229768
instagram👉 dehome_biz..tq

Unknown said...

airyn beli kat mana snek big bang tu...tapi kedai dekat kuantan...plizz reply...

Unknown said...

Saya beli rumpai laut tu dekat tesco

Unknown said...

Memang sedap ni Lucy...Biasa makan ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer